Assalamualaikum..

Assalamualaikum..

Friday, 10 June 2016

~ CoreTaN sEmesTer 5 ~




Assalamualaikum wahai pengunjung blogku sekalian..moga semuanya sihat2 aje ya!


1, 2, 3, 4, 5!!! Pejam celik pejam celik dh 5 semester dh pn aku harungi sbagai pelatih PPF KSKB SAS. Alhamdulillah3 krana aku dh pn brjaya sampai ke tahap ni..maknanya hanya tinggal lgi 1 semester  untukku habiskan pelajaran di kolej tercinta ini..




                Sejujurnya x mudah utk sampai ke tahap ni.. pelbagai cabaran perlu dihadapi sbagai seorang pelatih..namun dgn semangat dn doa2 drpd insan2 sekeliling membuatkan aku tabah utk hadapinya. So, post aku kali ni aku nk ceritakan ttg corat-coret kehidupanku sepanjang bergelar pelatih PPF semester 5. Seperti yg aku bgitau sebelum ni, pelatih sem 5 farmasi akn menjalani praktikal di kampung halaman masing2.. dan sem ini kami berpraktikal di klinik kesihatan selama 2 bulan dan farmasi pesakit dalam hospital 2 bulan.



               Bermula Januari 2016 aku ditempatkan di Klinik Kesihatan Hiliran Kuala Terengganu. Tipulah klu kata aku x neves, berdebar, takut masa mula2 nk start praktikal kt sini. Namun bila hampir seminggu di klinik ini perasaan seronok tu sudah mula muncul. Alhamdulillah staf2 farmasi kt sini sangatlah sporting, baik, peramah, caring dan yg paling penting smuanya jenis happy2 belaka. Boleh dikatakan hubungan sesama staf farmasi di klinik ini bagaikan satu keluarga yg sgt akrab.



                Semasa paktikal di sini banyak yg aku dpt belajar antaranya pra bungkus ubat, pengisian ubat mengikut kuantiti,dos yg betul, perlabelan ubat, pendispensan ubat dan pemeriksaan stok ubat. Yg paling excited adlh ketika berpeluang mendispen ubat kpd pesakit.. perasaan berdebar tu hanya Allah yg tahu sbbnya tu lah first time aku dispen ubat depan2 kpd pesakit.. sebelum ni hnya latihan je kt kolej dlm klas mock dispensing. Tapi nasiblah staf PPF duk kt sebelah aku utk perhati dan perbetulkan jika ada kesilapan yg dilakukan. Jika ada kesilapan yg dilakukan trainee, staf2 farmasi akn tegur kami dgn hikmah..mereka xdelah nk marah2, maki2 kt trainee yg muka innocent ni..hihi..



                Namun keseronokan aku berada di klinik ini hanyalah bertahan selama sebulan..huhu..aku mndapat khabar berita katanya 2 org trainee  terpaksa dipindahkan ke klinik kesihatan lain yg berdekatan disebabkan terlalu ramai trainee ditempatkan di kk hiliran.. disebabkan aku dn rakanku Raihan tinggal di rumah bukan di asrama yg disediakan, so kami berdua insan terpilih utk merasai berpraktikal di tempat baru.. allahu, mmg aku akui sgt sedih trpaksa meninggalkan kk hiliran yg aku rasa sgt sebati dgnku.. aku pasti merindui staf2 di sini yg ohsem2 smuanya.. akhirnya diri ini redha dgn ketentuan Allah.



                Pd bulan Februari, aku dn Raihan melaporkan diri di Klinik Kesihatan Bukit Payong.. jarak klinik ini dgn rumahku tidaklah jauh sgt, hanya mngambil masa 15 minit je. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami berdua sepanjang berpraktikal di sini. Aku dpt rasakan hikmah kami berada di KK Bukit Payong . Di sini kami dapat mengenali ramai staf farmasi yg smuanya sporting2 blaka. Hari semakin hari hubungan kami sangat erat sama ada sesama staf penolong peg. farmasi dan pegawai farmasi. Farmasi KK Bukit Payong boleh dikatakan lebih sibuk berbanding KK Hiliran. Hari2 klu bakul isi ubat x tinggi mcm menara klcc mmg x sah..huhu..Namun dgn kesibukan inilah membuatkanku lebih banyak blajar.. nanti bila dh betul2 kerja pasti aku akn temui situasi yg sma.



                Sebab tu lah aku bersyukur kpd Allah kerana mentakdirkan aku utk merasai 2 buah klinik kesihatan.. dan kedua2nya sgt2 best!! Kami juga dilayan dgn baik oleh staf2 farmasi meskipun kami hanyalah seorang trainee yg baru nk blajar mcm2 perkara. Staf2 langsung x lokek ilmu utk mngajarkan kami segala ilmu ttg perkhidmatan farmasi.. Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan mereka semua..in shaa allah..aamiiin.



                Buat junior2 yg akn mnjalani praktikal nanti, korang jgn risau klu rasa byk ubat nk kna ingat bserta kekuatan ubat yg ada.. sebabnya masa korang praktikallah korang akn kenal dan ingat banyak jenis ubat dan kekuatan ubat yg ada. Masa ni jugak korang nak kenal ubat2 baru yg korang xpernah dgr kt kolej atau mungkin korang jarang dengar. Time praktikal ni lah cuba ambl peluang utk hafal ubat2 yg ada di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Nanti xdelah ternganga bila lecturer tnya dlm kelas. Oh yer, masa praktikal sebenarnya masa utk korang berhoney moon bb x perlu nk serabutkan otak dgn tutorial dlm kelas..hehe (* bukan honey moon brmaksud x buat kerja time praktikal ya! ).




                2 bulan pertama sem 5 sudahpun berakhir dgn 2 buah klinik ksihatan.. ni bermakna masih berbaki lagi 2 bulan terakhir utk menghabiskan sesi praktikal di farmasi pesakit dalam / farmasi wad di hospital. Hospital Sultanah Nur Zahirah menjadi tempat aku berpraktikal semula slepas sem 4 yg lalu.. cumanya kali ni unit farmasi yang aku attach ialah farmasi pesakit dalam. Terdapat 2 farmasi pesakit dlm di sini iaitu di farmasi satelit 4 dan satelit 7. Kedua2nya menjalankan sistem yg berlainan yg mna satelit 4 mlaksanakn sistem unit of use dan unit of dose beserta medication trolley. Manakala satelit 7 mnjalankan sistem floor stock dan pendispensan ubat kpd pesakit discaj.




                Ketika berada di farmasi pesakit dalam, antara ubat yg banyak aku temui adlh yg berbentuk injection. Ubat2 ini dibekalkan kpd pesakit2 yg berada di dalam wad. Di sini juga aku berpeluang menyediakan ubat sirap extemporaneous yg mana ubat sirap ini disediakan kebiasaannya bagi pesakit yg x mmpu menelan ubat biji (tablet) atau tiada kekuatan ubat yg dikehendaki dlm bentuk tablet. Bagi pembekalan ubat suntikan, terdapat pengiraan bagi megira kuantiti ubat perlu dibekal berdasarkan kekuatan ubat yg ada.. mmg pada mulanya agak sukar utk aku menjalani praktikal di farmasi pesakit dalam, namun lama2 kta akn rasa terbiasa dgn smua ni.. lebih2 lgi staf2 di sini smuanya bereh2 blaka. Klu ada yg kita x faham atau ragu2, jgn pernah malu utk bertanya kpd staf yg bertugas. Apa2pun hubungan dgn staf2 farmasi kenalah sntiasa baik.. jgn pernah melawan jika ditugaskan melakukan sesuatu.. semasa menuntut ilmu ni apa yg kita perlukan ialah keberkatan. Boleh jadi dgn keberkatan dlm tugas yg dilakukan, Allah permudahkan urusan kita dlm menuntut ilmu..in shaa allah.




               Sepanjang berada di farmasi pesakit dalam ni, aku berpeluang merasai suasana bertugas di dalam farmasi ICU.. farmasi di wad ICU tidaklah sebesar farmasi di unit2 lain.. farmasi ini menyediakan ubat utk bekalan pesakit di dalam ICU sahaja. Hal ini bagi memudahkan nurse utk mengambil ubat kerana berdekatan dgn wad ICU. Aku dpt melihat pesakit2 ICU yg terlantar ats katil.. Allahu, prasaan sebak dan kasihan trhadap pesakit menyelubungi diri ketika mula2 masuk wad tersebut. Mereka dibantu oleh mesin dn wayar2 yg brselirat.. tatkala melihat keadaan mereka, aku terfikir betapa beruntungnya aku krana masih dikurniakan kesihatan yg baik oleh Allah..alhamdulillah thumma alhamdulillah.




                Satu lagi kenangan manis yg x dpt dilupakan adalah ketika menyertai program Hari Keluarga PPF di Semarak Chalet Resort Pantai Kelulut, Marang Terengganu. Sungguh aku rasa sangat terharu krna dberi peluang menyertai program ini.. Walaupun masih lagi seorg trainee, tpi sudah dianggap seperti keluarga oleh staf2 PPF hospital. Program ini sgt mmbantu mngeratkan lgi ukhuwah sesama staf PPF..pelbagai gelagat dpt dilihat sepanjang program ni berjalan. Hal ini membuktikan bahawa hubungan baik sesama staf amat penting bagi memastikan kelancaran kerja di hospital.




Nahh! Belanja gambar sunrise di Pantai Kelulut



               Sebelum menghabiskan sesi praktikal sem 5, kami sempat merakamkan gambar kenangan bersama staf2 farmasi HSNZ.. terima kasih diucapkan kpd preseptor kami, Puan Maisom kerana sntiasa sabar dgn karenah ank2 buah yg nakal2 ni..hehe.. xlupa kpd semua staf farmasi di KK Hiliran, KK Bukit Payong dan Hospital Sultanah Nur Zahirah.. ada jodoh, panjang umur kita ketemu lagi..in shaa allah.




                Ehhh jap2, semester 5 blom habis lagi selagi x p duduk exam dlu..huhu..sem ni seperti sem lps hanya 2 paper yg perlu dijalani.. sbb tu lh lecturer kta klu nk skor 4.0 flat, skorlah masa sem ni..aku nk tgklah terbukti ke x lgi diriku trhadap kata2 lecturer tu..hehe..namun sebelum result exam kluar aku prlu tggu lbih kurang 3 minggu dlu..ni brmakna duk mereputlah dlu kt kolej nihh..utk mngelakkan mereput apa kata kita gi jalan2 dlu..hoho..sbenarnya xdelah jln2 sgt..jalan2 cari makanan jaa..ingatkan duk kolej boleh kuruss, rupa2nya makin bambambamm adelah..haiihh..yg paling seronok bb dpt kmbali bertemu rakan2 yg terpisah sepanjang prktikal..masing2 pn dh smakin pekat dgn loghat masing..haha.



            Sebulan kt kolej dh pn berakhir..result pn dh dpt.. alhamdulillah syukur pda Allah dgn result yg diperoleh..kali ini kata2 lecturer betul2 terbukti buatku.. mungkin ini semua berkat drpd doa2 insan2 sekeliling..alhamdulillah.. so, apa lgi.! Balik kampung lah kiterr.. tahun ni aku berpeluang mnikmati bulan Ramadhan sebulan di rumah..moga2 Ramadhan kali ini bermakna buat kita semua.. bulan Julai nnti bermulalah prjalananku sbgai pelatih semester akhir KSKB SAS.. doakanku semoga dipermudahkan urusan dlm menuntut ilmu dan segala hal..allahumma aamiiin.. setakat ni jelah dlu coretanku..moga2 ada manfaatnya buat kalian..mohon ampun dan maaf ats segala kekurangan diri ini..Barakallahufikum..Wassalamualaikum.