Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blogku sekalian.. apa
kabo semuanya? Moga sihat2 sokmo deh^^..lama dh op x update blog.. so, masa utk cucikan balik blog yg dh
berhabuk nih..bak kata sorang sahabatku, dh tebal dh habuknya..a’ahh kan,tebal
lah jgak habuknya..huhu
Sedar x sedar, aku dh pn berjaya melalui semester 4 sebagai
seorang pelatih PPF..alhamdulillah, sungguh aku sendiri pn x sangka dpt lalui
semua ni.. dulu masa penghujung sem 3 aku kemain takut nak lalui sem4 sebabnya
of cozlah sbb nak praktikal..praktikal ni seolah2 kita dh bekerja..tapi bekerja
sambil belajar.. dan batch aku jgak merupakan batch pertama yg perlu menyiapkan
study case..adoiii..mmg pening la sem ni..ingatkan bolehlah nk honeymoon sem
ni, tapi x sangka plak honeymoon dgn 2 tugasan laporan refleksi dan 2 study
case(4 tugasan dlm 1 sem).. papepun, walopon mungkin bagi student ia bagaikan
bebanan, namun bagi pengajar2 ia adalah ilmu utk kebaikan student mereka..
Tempat praktikal aku sem ni ialah Hospital Sultanah Nur
Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu..ahaa, praktikal kt kampung halaman ler
kiterr..alaa,mna tau kot2 dh betul2 posting nanti dpt negeri orang, bkn negeri
sndiri..msa ni lah nk duk puas2 kt ganu..(sampai skrg msih konfius nk plih
negeri mana bila dilantik nnti..hurmmm)
1 Julai bru ni bermulalah praktikal 10 org budak ubat
berbaju peach di HSNZ..antara unit farmasi kami ditugaskan ialah Farmasi
Kompleks Pakar (ACC), Farmasi Galenikal, Farmasi TPN & CDR, dan Farmasi
Pesakit Luar.Bagi aku setiap unit ada best dan x bestnya..hehe..tapi totally praktikal sgt menyeronokkan(sebab x
perlu dgr lecture dlm kelas) dan memenatkan(balik kerja klu x trus boom,msti
akn tdo mlm awal..hihi).Duk kt Farmasi ACC agak mencabarku sbgai seorang
student..mana x nya..hari pertama aku di situ punyalah pusing ligat aku nk cari
ubat yg beribu2 jenis tuh..dahlah nk kna kejar masa sbb mse menunggu utk setiap
patient xleh lebih dari 30 minit.Jadi, kta perlu cepat bermula preskripsi
diterima hinggalah didispen kpd pesakit.
![]() |
| HSNZ |
Masa duk kt ACC lah kita dpt belajar dan kenal byk jenis ubat (unit plg lama kna attach
iaitu 6 mnggu). Kekadang kta dpt tgk dlm 1preskripsi terdapat sampai 12 jenis
item ubat yg perlu dimakan oleh patient, bukan kekadang la tpi
selalunya..biasanya ubat2 ni perlu diambil utk pesakit yg mghidapi penyakit
darah tinggi, diabetes, masalah jantung dan kegagalan buah pinggang
sekaligus.Aku pn xdpt nk bayangkan mcm manalah patient nk mkn ubat2 yg banyak
ni..sbb tu lah,kita prlu sentiasa bersyukur dgn kesihatan yg baik diberikan
Allah kpd kita.Ingatlah ada lagi insan yg kurang bernasib baik berbanding
kita.Sama2 kita berdoa kpd Allah semoga Dia mengurniakan kita kesihatan yg baik
utk terus beribadah kpdNya..allahumma aamiiiiin.
Belajar ttg ubat2 blh dkatakan seronok jgak..dulu klu doktor
bagi ubat x dipandang pn aku nama ubat2 tu semua..yg aku tau kna mkan brapa
biji brapa kali sehari..namun stelah belajar serba sedikit psal ubat2, sibuk je
nk tau nama2 ubat, ni ubat apa, tu ubat
apa..dgn ubat mak, ayah, abg , adik skali aku sibuk nk tau ubat apa diorg
mkan..hihi
Sebenarnya byk lagi yg aku x ketahui ttg ubat2.. apa yg aku
belajar hnyalah sedikit..sbb tu lah ilmu ni perlu sentiasa dicari dan
diterokai..bkn tggu ia dtg bergolek.Arapnya dgn ilmu ttg farmasi yg dipelajari,
dapatlah aku membantu insan2 sekelilingku yg aku sayangi. Memang tugas sebagai
PPF tidaklah seteruk seorang pen.pegawai perubatan (MA) dan jururawat yg mna mereka merupakan barisan
pertama yg merawat pesakit.Tugas mereka jauh lebih berat kerana merupakan
anggota yg pertama yg akn merawat pesakit, namun seorang anggota farmasi mereka
juga memainkan peranan penting bagi memastikan pesakit menggunakan ubat yg
betul utk mengelakkan kesilapan pengubatan..mereka perlu memaklumkan kpd doktor
jika ubat dipreskrib tidak sesuai kpd pesakit.
Berdebar plak rasanya nk kerja nanti..semua ni menyedarkan
aku betapa pentingnya sesuatu ilmu..bukan ilmu agama sja ilmu Allah..ilmu dalam
bidang farmasi juga merupakan ilmu Allah..segala ilmu yg ada di bumi ini adalah
milik Allah..semakin kita mempelajari sesuatu, kta dpt rasakan semakin kerdil
dan jahil diri krana msih byk yg tidak kita ketahui.
Ok lah,seterusnya unit galenikal merupakan unit yg paling
bezz..apa x nya..kt sini aku dpt rasai membancuh ubat dlm kuantiti yg byk gitu
(pukal)..klu kt kolej hnya dpt rsa buat krim dan ointment utk kuantiti 30g
ja..tapi kt sini utk 10kg, 20kg..buat krim bagaikan buat kek je aku rasa dgn
gunakan mixer krim.Galenikal terbahagi kpd unit internal dn eksternal..bezanya
internal utk ubat2 yg boleh dimakan manakala eksternal utk penyediaan ubat
kegunaan luar pesakit sahaja.
![]() |
| mesin pengadun krim dan ointment (bukan pengadun kek yer.!) |
Time praktikal ni aku dpt mengenali ramai staf dan student
dri institusi pengajian lain sperti Uitm dan Kolej Goematika..hubungan kami
sebagai rkan sekerja semakin hari semakin erat membuatkan diri ini berasa
selesa berpraktikal di sini tambah2 lagi dgn org2 satu negeri (nk ckp ganu pure
pn xdok mslah).Mse ni jgak aku dpt kenali pelbagai jenis watak perwatakan ,
karenah dan tingkah laku setiap org.Pabila posting nnti pn aku pasti temui
perkara yg sama..arapnya aku kuatlah utk hadapi cabaran mendatang..in shaa
allah.
Selain itu, unit farmasi jabatan pesakit luar(JPL) mrupakan antara tmpat aku bertugas (sminggu
jer). Unit ni lebih kurag ACC gk, Cuma x smua ubat di farmasi ACC ada di JPL.
Kt sni trdapat farmasi pandu lalu(drive
thru) yg mcm kete lalu nk ambl mknn kt McD tuhh..drive thru ni utk pesakit yg nk ambil ubat tanpa perlu
beratur panjang kt kaunter.Perkhidmatan ni jgak utk preskripsi yg memerlukan
rawatan susulan.Yg pasti ia dpt mnjimatkan masa pesakit di samping dpt
mengelakkan pesakit utk mncari parking yg sntiasa penuh d kwsn hospital.
Farmasi CDR dan TPN juga terdapat di HSNZ..Unit CDR khas utk
ubat2 sitotoksik sperti ubat2 kanser..manakala TPN utk penyediaan keprluan
nutrisi pesakit (bukan sitotoksik).Klu nk msuk dlm bilik penyediaan kdua2 unit
ni, staf yg bertugas kna pkai peranti kelengkapn diri (PPE) yg
sepatutnya..(sejibik mcm angkasawan bla pkai baju tu,huhu)..
Beberapa mnggu sebelum mngakhiri praktikal ni, kami mndapat
kunjungan dripada 2 org pengajar yg diterbangkan khas dri KSKB SAS..kdatangan
mereka berdua adlh utk VIVA kan
ktaorg..huhu..VIVA ni mcm nk exam plak
rsa..sebabnya kmi akn disoal scara lisan bberapa soalan brkaitan praktikal yg kami
jalani.Ia jga mnyumbang bbrapa % markah utk final exam nnti..paling xleh lupa
mse aku tersilap bgtau coth ubat kanser bila dtanya, cuba farhana bgtau kami
antara ubat kanser yg awk tahu?..mula2 aku jawablah cyclosporin..tpi yg kduanya
tershashul sbut metochlopramide(dlm nada ragu2)..dlm hati nk sebut
cyclophosphamide..ntah aku pn xtau camna blh tubik metochlopramide..padahal tu
ubat muntah,bkn kanser..lps tuh trus aku cover line dgn sebut
methotrexate..malu plak bila mereka tertawakan aku bb trsilap sbut..huhu( smpai
skrg aku igt ubat tuh)..mgkin ni lh hkmahnya(muka pasrah).
2 minggu slps VIVA, kami dh kena balik kolej utk tempoh 2
minggu..x lain x bukan utk mneruskan perjuangan di dewan peperiksaan.Yg bestnya
sem ni kmi hnya mnduduki exam utk 2 paper shaja.Babtu lah ad lecturer yg ckp “
korang klu nk score 4 flat, scorelah time sem 4 dan 5 ni..”..alahaii..kita tgk
ajelah cmna resultnya..soalan exam sem ni brdasarkan apa yg dh dipelajari spanjang
latihan klinikal di hospital masing2.Bagi aku paper yg pertama blhlah utk
digoreng sbb soalannya berdasarkan OPD.. tapi paper kdua..mak aiihhh..yg pling
berpeluh nk jwb bila ditanya psal TPN..hnya mampu redha dn tawakal je mse kuar
dri dewan..ada rezeki, ada lah tu ( ayt dh redho dgn apa yg dijawab)…abih exam
xyoh nk honeymoon sgtlah..slagi duk kolej, slagi tuh penuh ngn esaimen dn
aktivitinya..presentation aje lh kita d sni (mse ni lah nk rse jdi lecturer dpn
junior2,hehe).
Alhamdulillah 2 minggu di kolej dptlah aku melepaskan rindu
trhadap teman2 di kolej stelah 5 bulan x ketemu..hanya Allah sja tau betapa
rindunya diri ini nk hirup kesegaran udara Perak.Pemandangannya yg indah tanpa
jemu kulihat membuat kedamaian dn ketenangan terasa..
Lps exam aku msih ada 2 minggu utk habiskan praktikal di
hosp.. dlm 2 mnggu ni jgak aku mnghabiskan masa membancuh ubat di farmasi
eksternal..pelbagai jenis krim, ointment dan ubat2 kegunaan luar yg lain yg dpt
dibancuh spnjang brada d sni.Sedar x sedar semester 4 aku sudah pn
berakhir..tggal nk tggu result exam je..sbulan kmudian brulah pnyelaras kmi memaklumkan
result masing2..Alhamdulillah dgn kputusan yg diperoleh (walopon blom mmpu
mncapai 4 flat..kihkih)..xpelh, cuba sem dpn pla yer ana!
![]() |
| saat akhir di galenikal..huhu..haa,kna pkai mask, baju ala2 lab coat dan gloves gitu utk elak kontaminasi mse sdiakan ubat..(kebersihan perlu diutamakan.!) |
Sem 4 aku dh pn berakhir, ni bermakna tahun dpn dh pn msuk
sem 5..lps tuh sem 6..debaran kian terasa..hanya tinggal setahun sja lagi
untukku mengakhiri zaman mnjadi pelatih...in shaa allah, dgn izin Allah, 2017
bermulalah kehidupanku sbagai seorang staf PPF di..?(tmpat kta tgk kt mna
nnti..hehe).
Tahun demi tahun
berlalu..dan 3 tahun itu tidaklah lama..aku akui skrg aku sgt2 menyayangi dan
menyukai bidang farmasi ^^..namun, kos IRK yg prnah aku ambil dlu sentiasa
dirindui. Begitu jga sahabat2ku d UIA sna.Moga Allah permudahkan urusan kami
sbagai penuntut ilmu di bumiNya..aamiiin.
Hurmm, dh smpai masanya aku mengakhiri coretan kali
ini..maaf skali lagi krana dh lma biarkan blog ni berhabuk..in shaa allah akn
mncoret lgi pda msa akn dtg..terima kasih krna msih sudi mmbaca celotehku ini
yg sperti biasa juz ttg kehidupanku..Barakallahufikum..Wassalamualaikum <3



No comments:
Post a Comment