Assalamualaikum..

Assalamualaikum..

Friday, 11 December 2015

~pRaKTikAl BuDaK uBaT~


Assalamualaikum dan salam sejahtera  buat semua pengunjung blogku sekalian.. apa kabo semuanya? Moga sihat2 sokmo deh^^..lama dh op x update  blog.. so, masa utk cucikan balik blog yg dh berhabuk nih..bak kata sorang sahabatku, dh tebal dh habuknya..a’ahh kan,tebal lah jgak habuknya..huhu


     Sedar x sedar, aku dh pn berjaya melalui semester 4 sebagai seorang pelatih PPF..alhamdulillah, sungguh aku sendiri pn x sangka dpt lalui semua ni.. dulu masa penghujung sem 3 aku kemain takut nak lalui sem4 sebabnya of cozlah sbb nak praktikal..praktikal ni seolah2 kita dh bekerja..tapi bekerja sambil belajar.. dan batch aku jgak merupakan batch pertama yg perlu menyiapkan study case..adoiii..mmg pening la sem ni..ingatkan bolehlah nk honeymoon sem ni, tapi x sangka plak honeymoon dgn 2 tugasan laporan refleksi dan 2 study case(4 tugasan dlm 1 sem).. papepun, walopon mungkin bagi student ia bagaikan bebanan, namun bagi pengajar2 ia adalah ilmu utk kebaikan student mereka..


     Tempat praktikal aku sem ni ialah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu..ahaa, praktikal kt kampung halaman ler kiterr..alaa,mna tau kot2 dh betul2 posting nanti dpt negeri orang, bkn negeri sndiri..msa ni lah nk duk puas2 kt ganu..(sampai skrg msih konfius nk plih negeri mana bila dilantik nnti..hurmmm)


     1 Julai bru ni bermulalah praktikal 10 org budak ubat berbaju peach di HSNZ..antara unit farmasi kami ditugaskan ialah Farmasi Kompleks Pakar (ACC), Farmasi Galenikal, Farmasi TPN & CDR, dan Farmasi Pesakit Luar.Bagi aku setiap unit ada best dan x bestnya..hehe..tapi  totally praktikal sgt menyeronokkan(sebab x perlu dgr lecture dlm kelas) dan memenatkan(balik kerja klu x trus boom,msti akn tdo mlm awal..hihi).Duk kt Farmasi ACC agak mencabarku sbgai seorang student..mana x nya..hari pertama aku di situ punyalah pusing ligat aku nk cari ubat yg beribu2 jenis tuh..dahlah nk kna kejar masa sbb mse menunggu utk setiap patient xleh lebih dari 30 minit.Jadi, kta perlu cepat bermula preskripsi diterima hinggalah didispen kpd pesakit.

HSNZ



     Masa duk kt ACC lah kita dpt belajar dan kenal  byk jenis ubat (unit plg lama kna attach iaitu 6 mnggu). Kekadang kta dpt tgk dlm 1preskripsi terdapat sampai 12 jenis item ubat yg perlu dimakan oleh patient, bukan kekadang la tpi selalunya..biasanya ubat2 ni perlu diambil utk pesakit yg mghidapi penyakit darah tinggi, diabetes, masalah jantung dan kegagalan buah pinggang sekaligus.Aku pn xdpt nk bayangkan mcm manalah patient nk mkn ubat2 yg banyak ni..sbb tu lah,kita prlu sentiasa bersyukur dgn kesihatan yg baik diberikan Allah kpd kita.Ingatlah ada lagi insan yg kurang bernasib baik berbanding kita.Sama2 kita berdoa kpd Allah semoga Dia mengurniakan kita kesihatan yg baik utk terus beribadah kpdNya..allahumma aamiiiiin.


     Belajar ttg ubat2 blh dkatakan seronok jgak..dulu klu doktor bagi ubat x dipandang pn aku nama ubat2 tu semua..yg aku tau kna mkan brapa biji brapa kali sehari..namun stelah belajar serba sedikit psal ubat2, sibuk je nk tau nama2 ubat, ni ubat apa,  tu ubat apa..dgn ubat mak, ayah, abg , adik skali aku sibuk nk tau ubat apa diorg mkan..hihi


     Sebenarnya byk lagi yg aku x ketahui ttg ubat2.. apa yg aku belajar hnyalah sedikit..sbb tu lah ilmu ni perlu sentiasa dicari dan diterokai..bkn tggu ia dtg bergolek.Arapnya dgn ilmu ttg farmasi yg dipelajari, dapatlah aku membantu insan2 sekelilingku yg aku sayangi. Memang tugas sebagai PPF tidaklah seteruk seorang pen.pegawai perubatan (MA)  dan jururawat yg mna mereka merupakan barisan pertama yg merawat pesakit.Tugas mereka jauh lebih berat kerana merupakan anggota yg pertama yg akn merawat pesakit, namun seorang anggota farmasi mereka juga memainkan peranan penting bagi memastikan pesakit menggunakan ubat yg betul utk mengelakkan kesilapan pengubatan..mereka perlu memaklumkan kpd doktor jika ubat dipreskrib tidak sesuai kpd pesakit.


     Berdebar plak rasanya nk kerja nanti..semua ni menyedarkan aku betapa pentingnya sesuatu ilmu..bukan ilmu agama sja ilmu Allah..ilmu dalam bidang farmasi juga merupakan ilmu Allah..segala ilmu yg ada di bumi ini adalah milik Allah..semakin kita mempelajari sesuatu, kta dpt rasakan semakin kerdil dan jahil diri krana msih byk yg tidak kita ketahui.


     Ok lah,seterusnya unit galenikal merupakan unit yg paling bezz..apa x nya..kt sini aku dpt rasai membancuh ubat dlm kuantiti yg byk gitu (pukal)..klu kt kolej hnya dpt rsa buat krim dan ointment utk kuantiti 30g ja..tapi kt sini utk 10kg, 20kg..buat krim bagaikan buat kek je aku rasa dgn gunakan mixer krim.Galenikal terbahagi kpd unit internal dn eksternal..bezanya internal utk ubat2 yg boleh dimakan manakala eksternal utk penyediaan ubat kegunaan luar pesakit sahaja.
mesin pengadun krim dan ointment (bukan pengadun kek yer.!)

     Time praktikal ni aku dpt mengenali ramai staf dan student dri institusi pengajian lain sperti Uitm dan Kolej Goematika..hubungan kami sebagai rkan sekerja semakin hari semakin erat membuatkan diri ini berasa selesa berpraktikal di sini tambah2 lagi dgn org2 satu negeri (nk ckp ganu pure pn xdok mslah).Mse ni jgak aku dpt kenali pelbagai jenis watak perwatakan , karenah dan tingkah laku setiap org.Pabila posting nnti pn aku pasti temui perkara yg sama..arapnya aku kuatlah utk hadapi cabaran mendatang..in shaa allah.


     Selain itu, unit farmasi jabatan pesakit luar(JPL)  mrupakan antara tmpat aku bertugas (sminggu jer). Unit ni lebih kurag ACC gk, Cuma x smua ubat di farmasi ACC ada di JPL. Kt sni trdapat  farmasi pandu lalu(drive thru) yg mcm kete lalu nk ambl mknn kt McD tuhh..drive thru ni  utk pesakit yg nk ambil ubat tanpa perlu beratur panjang kt kaunter.Perkhidmatan ni jgak utk preskripsi yg memerlukan rawatan susulan.Yg pasti ia dpt mnjimatkan masa pesakit di samping dpt mengelakkan pesakit utk mncari parking yg sntiasa penuh d kwsn hospital.


     Farmasi CDR dan TPN juga terdapat di HSNZ..Unit CDR khas utk ubat2 sitotoksik sperti ubat2 kanser..manakala TPN utk penyediaan keprluan nutrisi pesakit (bukan sitotoksik).Klu nk msuk dlm bilik penyediaan kdua2 unit ni, staf yg bertugas kna pkai peranti kelengkapn diri (PPE) yg sepatutnya..(sejibik mcm angkasawan bla pkai baju tu,huhu)..


     Beberapa mnggu sebelum mngakhiri praktikal ni, kami mndapat kunjungan dripada 2 org pengajar yg diterbangkan khas dri KSKB SAS..kdatangan mereka berdua adlh utk  VIVA kan ktaorg..huhu..VIVA ni  mcm nk exam plak rsa..sebabnya kmi akn disoal scara lisan bberapa soalan brkaitan praktikal yg kami jalani.Ia jga mnyumbang bbrapa % markah utk final exam nnti..paling xleh lupa mse aku tersilap bgtau coth ubat kanser bila dtanya, cuba farhana bgtau kami antara ubat kanser yg awk tahu?..mula2 aku jawablah cyclosporin..tpi yg kduanya tershashul sbut metochlopramide(dlm nada ragu2)..dlm hati nk sebut cyclophosphamide..ntah aku pn xtau camna blh tubik metochlopramide..padahal tu ubat muntah,bkn kanser..lps tuh trus aku cover line dgn sebut methotrexate..malu plak bila mereka tertawakan aku bb trsilap sbut..huhu( smpai skrg aku igt ubat tuh)..mgkin ni lh hkmahnya(muka pasrah).


     2 minggu slps VIVA, kami dh kena balik kolej utk tempoh 2 minggu..x lain x bukan utk mneruskan perjuangan di dewan peperiksaan.Yg bestnya sem ni kmi hnya mnduduki exam utk 2 paper shaja.Babtu lah ad lecturer yg ckp “ korang klu nk score 4 flat, scorelah time sem 4 dan 5 ni..”..alahaii..kita tgk ajelah cmna resultnya..soalan exam sem ni brdasarkan apa yg dh dipelajari spanjang latihan klinikal di hospital masing2.Bagi aku paper yg pertama blhlah utk digoreng sbb soalannya berdasarkan OPD.. tapi paper kdua..mak aiihhh..yg pling berpeluh nk jwb bila ditanya psal TPN..hnya mampu redha dn tawakal je mse kuar dri dewan..ada rezeki, ada lah tu ( ayt dh redho dgn apa yg dijawab)…abih exam xyoh nk honeymoon sgtlah..slagi duk kolej, slagi tuh penuh ngn esaimen dn aktivitinya..presentation aje lh kita d sni (mse ni lah nk rse jdi lecturer dpn junior2,hehe).


     Alhamdulillah 2 minggu di kolej dptlah aku melepaskan rindu trhadap teman2 di kolej stelah 5 bulan x ketemu..hanya Allah sja tau betapa rindunya diri ini nk hirup kesegaran udara Perak.Pemandangannya yg indah tanpa jemu kulihat membuat kedamaian dn ketenangan terasa..


     Lps exam aku msih ada 2 minggu utk habiskan praktikal di hosp.. dlm 2 mnggu ni jgak aku mnghabiskan masa membancuh ubat di farmasi eksternal..pelbagai jenis krim, ointment dan ubat2 kegunaan luar yg lain yg dpt dibancuh spnjang brada d sni.Sedar x sedar semester 4 aku sudah pn berakhir..tggal nk tggu result exam je..sbulan kmudian brulah pnyelaras kmi memaklumkan result masing2..Alhamdulillah dgn kputusan yg diperoleh (walopon blom mmpu mncapai 4 flat..kihkih)..xpelh, cuba sem dpn pla yer ana!

saat akhir di galenikal..huhu..haa,kna pkai mask, baju ala2 lab coat dan gloves gitu utk elak kontaminasi mse sdiakan ubat..(kebersihan perlu diutamakan.!)



     Sem 4 aku dh pn berakhir, ni bermakna tahun dpn dh pn msuk sem 5..lps tuh sem 6..debaran kian terasa..hanya tinggal setahun sja lagi untukku mengakhiri zaman mnjadi pelatih...in shaa allah, dgn izin Allah, 2017 bermulalah kehidupanku sbagai seorang staf PPF di..?(tmpat kta tgk kt mna nnti..hehe).


     Tahun demi tahun berlalu..dan 3 tahun itu tidaklah lama..aku akui skrg aku sgt2 menyayangi dan menyukai bidang farmasi ^^..namun, kos IRK yg prnah aku ambil dlu sentiasa dirindui. Begitu jga sahabat2ku d UIA sna.Moga Allah permudahkan urusan kami sbagai penuntut ilmu di bumiNya..aamiiin.


Hurmm, dh smpai masanya aku mengakhiri coretan kali ini..maaf skali lagi krana dh lma biarkan blog ni berhabuk..in shaa allah akn mncoret lgi pda msa akn dtg..terima kasih krna msih sudi mmbaca celotehku ini yg sperti biasa juz ttg kehidupanku..Barakallahufikum..Wassalamualaikum <3